Monday, July 29, 2013

Happy Belated Birthday

Happy belated birthday to me & my twin hehehe.. Sapatutnya yesterday 28 July.. Tapi bulan puasa malas nak mkn cake hehe

Ini pun terima kasih kepada adik ipar yang beli untuk wife dia tersayang tapi kita tumpsng la sekaki hehe....

Zaman dah berubah

Salam & Hi...

Tengok la bebudak zaman sekarang semua dah sibuk dengan ipad, smart phone dan yang berkaitan dengannya...

Dengan umur Raudhah yang baru 1 tahun 3 bulan dah kenal apa itu ipad dan komputer.. Siap berebut menjerit-jerit dengan abang-abangnya..

Monday, July 8, 2013

Little teddy

Teddy bear ni hadiah dari papatok nya. Raudhah dapat satu Sepupu raudhah, Elsa pun dapat satu. Tapi Raudhah ni lebih kepada nak main motor. Kena main masak-masak lepas ni okay!

Apabila dah dapat phone baru

Alhamdulillah dapat juga phone baru walaupun 2nd hand pun takpe la.janji dpt buat yang kita suka.semenjak berkahwin sampai la masuk anak ke 3, inilah tepon yg dibeli duit sendiri.sblm ni dapat yang en. Hubby dah tak pakai.

Kesian Qimie dah lama sangat selsemanya.tapi kalau bab main kuat sentiasa

Raudhah pun tak tahu bila nak jalan nya dah 13 bulan ni...

Wednesday, March 20, 2013

Kembali ber'blogging'

Salam....

mmmmm dah lama x update blog... buzy sangat sangat sejak dah ada 3 orang anak ni... Anak semua pun dah tidur, jadi saya ambil lah masa untuk tulis sedikit ...

Ya anak dah 3 orang, akhirnya dapat juga baby girl, saya namakan Zirwatul Raudhah...

Nak tengok gambar? okay boleh jer.. tapi ni gambar terbaru yer.. dah 10 bulan pun...


comel tak? hehe

Sunday, June 26, 2011

Raees Iqamat


Selamat malam,

Sebelum tidur nak share kan sesuatu, sementara ada masa ni... ada satu hari itu tgh syok mengambil video si adiknya Qimie tengah solat cara dia, apalagi si Abang Raees mula la nak tunjuk, yang dia pandai disuruh ambil video dia sekali, kalau tak selama ini bila mama tanya apa belajar dekat sekolah asyik jawab tulis, & nyanyi gajah.. Rupanya Raees dah pandai ber "iqamat" Alhamdulillah... Sempat la mama buat video ni untuk Raees ..

Sunday, June 19, 2011

Happy Father's Day

Selamat Hari Bapa buat ayahanda ku, papa.. hari ini 19hb Jun 2011 merupakan hari istemewa buat semua bapa bapa di luar sana.

dan pada hari ini juga dua org sepupu ku Hariz & Shafiq bergelar seorang Bapa kerana menyambut kelahiran anak sulung mereka yang kedua dua nya lelaki.. Alhamdulillah...

Sempena Hari Bapa juga, saya juga nak ucapkan terima kasih buat suami ku kerana menjadi ayah yang terbaik buat anak-anakku ini.. Thank you dear...


Monday, June 6, 2011

Chicken Pox..oh chicken pox..

Salam semua,

lama sangat tak update blog.. 19hb Mei 2011 baru ni, Raees telah terjangkit chicken pox dari sekolah, ramai jugak budak sekolah dia yang kena, apalagi raees cuti panjang la.. masa tu x sure sangat chicken pox, tapi cuma suspect saja sbb mmg dah dgr ada kawan dia yang kena... gi jumpa dengan Doctor, mmg confirm chicken pox, Doc tanya nak tak ubat antiviral atau nak biar dia keluar semua, i cakap boleh bagi ubat.. ubat tu mmg mahal RM 100 lbh.. Calamine lotion i amik..tapi ada ramai Doc tak bagi pun ubat antiviral ni sbb antiviral ni x banyak menolong pun..
boleh search google pasal chicken pox.. ada banyak info.

Masa suspect dia kena chicken pox


muka happy jer, sapu calamine lotion


bila abang dia dah baik.. 29hb Mei 2011 jangkit pulak si Qimie ni...


kesian Qimie baru 1tahun 9 bulan dah kena..


Qimie menggaru...


Monday, May 16, 2011

Tak Tahu pun...

Assalamualaikum...

Bila buka blog terkejut bila baca comment kata blog saya terpilih sebagai 50 blog pilihan InTrend. Actually dah lama tak buka blog dan tak update oleh kerana busy membuat persiapan masa adik bertunang lepas tu dah malas nak buka.. Anyway Tq kepada Majalah InTrend kerana memilih Blog saya sb blog saya ni sebenarnya biasa biasa saje... Seronok pun ada.. walaupun dah lama dan sebenarnya tak sempat pun nak beli Majalah tu.. tapi saya cnp dr blog orang lain.. gambar ni saya ambil dari blog http://littlepreciousmama.blogspot.com/ dan blog http://mawarnizahari.blogspot.com/ sorry yer empunya blog..




Sunday, February 20, 2011

Iklan Raees

Alhamdulillah akhirnya keluar jugak iklan Raees walaupun sikit jer nampak muka Raees good for the start. InsyaAllah ada rezeki Raees & Qimie skali...

Save Water commercial ''Every Drop Counts''

Iklan Raees

Alhamdulillah, Finally keluar juga iklan Raees, walaupun gambar Raees sikit & tak nampak, its ok for the start, mana tahu ada rezeki untuk Raees & qimi lagi. InsyaAllah

Thursday, December 30, 2010

Selamat tinggal 2010

Dah lama sesangat tak update blog ni... sibuk melayan karenah anakku yang kini sudah 1 tahun 2 bulan... sekarang dah besar sikit ada la masa mama nak layan blog & FB..
sepanjang tahun 2010 ni banyak aktiviti yang kami buat tak sempat nak cerita semua, just review je la...


Kami telah ke Hotel Hard Rock, Penag bersama-sama dengan ipar duai ku...


Ke Melaka, sambil bercuti... walaupun banyak duk dalam hotel jer...


belikan kerusi yang kiut ni untuk abangnya Raees tapi si Qimie ni pulak yang suka selalu duk atas kerusi ni... & banyak sangat beli perabot & sofa baru sbb nya pindah balik ke sini...



Ke Penang bersama-sama Papatok, Mamatok, Aunty adik satu family cuma ayahanda Raees & Qimie jer tak dapat nak gi...


Ke Moving Out Party kat rumah abang Ipar


Raees dah jadi model iklan yang akan ditayangkan bulan Febuari 2011... Rezeki Alhamdulillah


Ke De Palma Hotel celebrate b'day Ettiya, alamak .. belum update birthday Raees & Qimie lagi la... ok nanti update...



Dan inilah gambar terbaru Qimie.....

Wednesday, June 2, 2010

Perjalanan ke Johor Bahru




Pada 28hb Mei 2010 yang lepas, suami ku ingin mengajak ku bercuti, pada mulanya suami ku nak la ajak gi Genting highlands ker atau mana2 tempat yang tapi aku decide la nak pegi menjenguk dan melawat adik-beradiknya di Johor bahru yang baru je dapat baby, tambah pulak ramai anak2 sedara yang x jumpa lagi.. so amik la peluang ni dulu..

So perjalanan pun bermula dengan 2 orang anak ku yang segak berkemeja merah sedondon gitu.. tengok ceria nya muka dia orang... dapat gi jalan jauh yer.. anak ku yang sulung menyangka kami nak ke rumah Papatok nya.. hehe bukan la Raees kita nak gi jumpa cousin raees ni...


Asal je Ayoh dia nak pakai spek, Raees pun buat alasan... "Ayoh, sakit mata, raees panas ni...."
>
>
>

Eleh konon la dia yg nak pakai heheh "ensem tak mama"


Sepanjang perjalanan kami 3 org ni tido sedap la.... Sian Ayoh sorang-sorang drive.. pahtu di perhentian mana alamak lupa nak tanya, kami singgah untuk makan.. lapar la apalagi..

Sempat lagi posing yer.. masa mama tgh amik makanan yer...

Sampai jer Johor Bahru... suamiku pun mencari hotel2 kosong tapi banyak yang Full la... En Abang kata nak cari la hotel yang special biar la mahal pun sebab nak meraikan mama sebab dah lama tak ajak mama jalan.. Mama dah cakap dengan ayoh tak payah la membazir duduk kat umah adik dia pun ok.. adik-adik dia pun ramai kat sini... at last kami jumpa satu hotel terletak di depan Danga Bay...

M Suites Hotel.....
>>>>
>>>
>>
>

"Amacam gaya Raees kat Red Carpet Ok tak!"

inilah M suites hotel Johor Bahru
Ruang amat besar so senang la Qimie merangkak hehe

Ada peti sejuk besar dan meja makan, dan paling penting sinki untuk basuh botol raees

Haa tengok mama dah susun susu dan botol raees ni...

Al kisah
Malam tu uncle Raees, Engelbert & wife dia serta anak dia yang baru lahir datang la ke hotel kami... terbalik pulak nak tgk baby dia, tapi dia pulak yang datang ke hotel.. sena

ini la cousin Raees nama Enqry Ken



Lepas tu kami makan di restoran kat dalam hotel tu dan suami buat la special requet recipe dar Chef kat situ iaitu Keow Tew Beef Ginger


Yang ni Appettiser.. mmmm


malamnya kami melawat saudara aka sepupu Raees & Qimie
GAMBAR: Raees, Melvin & El


Esoknya kami breakfast Free kat dalam hotel tu... tapi makan pun tinggal sikit, siapa suruh bangun lambat!



Lepas makan, kami pergi lagi Rumah adik suami ku Mark dan berkumpul di sana


Yang baju merah tu pun cousin Raees & Qimie nama Elroy



Suamiku & Adik nya Jude

Sekali lagi makan di restoran hotel tu...

Dah 2 hari kat Johor, dalam perjalanan balik jammed pulak kat highway, jadi kami pun singgah la ke Port Dickson


Makan ais krim raees hehe


Okay la time nak balik... Sampai je subang kami singgah pulak ke Empire Shopping Mall untuk makan.. jalan sakan tu...
habis shopping & makan kami pun pengsan di rumah.. Tido la...

Our Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Zamir Raees

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Zamir Raqimie

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails