Selamat Melahirkan Zamir Raqimie di Kuala Terengganu Specialist (KTS) seberat 3.1 kg @ 11.45 a.m. Zamir Raqimie post-date 2 hari.. sepatutnya due date 28 Okt 200. Sebulan lebih sebelum due date tu lin dah standby balik ke Kg di Kuala Terengganu stay kat umah mama & papa, kebetulan dah dekat nak hari raya..so suami je la duduk sesorang kat Shah Alam, seminggu sekali abang akan balik jenguk Lin & Raee. tapi pada 29hb okt abang cakap sakit x sakit kena gi jugak cek kat gynea.. Esoknya pegila jumpa & gynea cakap jalan dah buka 2 cm, Dr suggest buat ERM.. tapi Dr kata kalau sakit malam datang je terus.. pada 30hb Okt pukul 7 pagi dah standby gi KTS tapi sakit nak beranak masih belum terasa. check in bilik & tukar baju kul 9.30 a.m Dr panggil masuk ke Labour room & cek jalan masih 2-3 cm Dr pun pecahkan ketumban. setengah jam pertama x terasa lagi sakitnya.. tapi selepas tu baru terasa contraction.. tapi alhamdulillah sakit tu x lama 2jam setengah jer.. tapi nak meneran tu lama.. keluar la Zamir Raqimie seberat 3.1 kg (55cm)